Assalamualaikum. This is another article I received this morning in my mail box. Aku tak check pun lagi kesahihan fakta yg diberikan .... hopefully some of us can check dan confirm kan ....
Multi Level Marketing
Oleh Abu Amer Mujahed
Assalamu'alaikum, Sering kita dengar rungutan kolompok masyarakat kita yang tidak begitu suka dengan kaedah penjualan barangan berasaskan sistem 'multi level marketing' tanpa sebab yang yang munasabah. Biasanya mereka yang tidak menyokong kaedah jualan begini hanya kerana desakan-desakan yangselalu dikenakan oleh 'up line' supaya 'down-line' nya membuat jualan yang banyak dalam tempoh masa promosi untuk meningkatkan jualan kumpulan.
Mari kita lihat apa pendapat ulama atau pemikir Islam berkaitan hukum perniagaan MLM ini :
Pada dasarnya, hukum MLM ditentukan oleh bentuk muamalatnya. Jika muamalat yang terkandung di dalamnya adalah muamalat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka absahlah MLM tersebut. Namun, jika muamalatnya bertentangan dengan syariat Islam, maka haramlah MLM tersebut.
Pada faktanya kebanyakan MLM melakukan dua muamalat yang diharamkan di dalam Islam; iaitu:
(1) mengambil komisyen/bonus yang bukan haknya (agen di atas agen), dan
(2) dua aqad dalam satu aqad.
Mengambil Komisyen Yang Bukan Haknya (agen di atas agen)
Apa yang dimaksudkan dengan agen di atas agen adalah jika seorang agen mengambil komisyen keuntungan dari agen yang lain. Sebagai contoh, Amir adalah agen dari Ahmad untuk menjualkan sebuah rumah. Ahmad mengatakan, bahawa rumah tersebut dijual dengan harga 100 ribu, dan Amir sebagai agen akan memperoleh komisyen sebanyak 10% dari hasil penjualan. Kemudian, Amir bertemu dengan Amar sebagai agen yang lain. Amir berkata kepada Amar, "Jika kamu boleh menjualkan rumah Ahmad, maka kamu mendapatkan komisyen 10%, dan saya mendapatkan komisyen 5% dari kamu." Komisyen yang diambil Amir dari Amar sesungguhnya bukan komisyen yang dibenarkan oleh syariat. Ini disebabkan Amir bukanlah pemilik rumah, dan bukan juga pembeli rumah. Oleh kerana itu, ia tidak boleh menetapkan ketetapan apapun, atau membuat perjanjian apapun dengan agen yang lain, iaitu Amar. Sesungguhnya, agen hanya berhubung dengan pemilik barang (shahib al-mâl), atau pembeli barang. Dia tidak boleh berhubung dengan agen yang lain dalamhal mendapat keuntungan, dan komisyen.
Akan tetapi, jika Amir mengajak Amar untuk bekerjasama dalam menjual rumah, kemudian komisyen dari Ahmad sebanyak 10% dibahagi sesama mereka, maka amalan sebegini dibolehkan di dalam Islam.
Perihal agen di atas agen tersebut juga berlaku dalam MLM. Di dalam MLM, jika seorang berjaya mendapat downline, maka ia juga akan mendapatkan komisyen keuntungan dari penjualan ataupun pembelian yang dilakukan oleh downline tersebut hingga downline ke bawahnya, dan seterusnya. Padahal orang tersebut tidakberhak mendapatkan komisyen dari downlinenya. Muamalat sebegini dikategorikan sebagai mengambil komisyen yang bukan menjadi haknya (agen di atas agen). Amalan sebegini hukumnya adalah haram.
Jika amalan sebegini menjadi perkara biasa dan menjadi sistem bagi MLM, maka kita boleh menyatakan bahawa semua MLM adalah haram. Ia disebabkan di dalamnya terdapat aktiviti pengambilan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Padahal prinsip utama di dalam Islam adalah melarang pengambilan sesuatu yang bukan menjadi hak atau bahagiannya.
Tidak boleh dinyatakan sekiranya downline-downline tersebut redha, maka sahlah pengambilan komisyen tersebut. Ini berdasarkan pada hujah bahawa sistem MLM lah yang menyebabkan komisyen diambil dari yang bukan menjadi hak seseorang. Dengan kata lain, sistem MLM lah yang menyebabkan seseorang boleh mengambil komisyen dari downline nya melalui sebuah mekanisma yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kenyataan ini diperkuat dengan adanya hujah bahawa kebanyakan downline tidak mengetahui siapa yang menjadi upline nya hingga ke atas. Jika seorang anggota MLM berjaya menjual barang mahupun berjaya mendapat downline yang lain, maka secaraautomatik upline-upline nya berhak mendapatkan komisyen di atas penjualannya dan kejayaannya mendapat downline. Padahal komisyen yang diperolehi oleh upline dari downline termasuk dalam bentuk penyelewengan ke atas hak. Jadi, isunya adalah sistem MLM yang telah memaksa siapa sahaja yang terlibat di dalamnya untuk melakukan pengambilan sesuatu yang bukan haknya, bukan dilihat berdasarkan kerelaan downline-downline nya atas komisyen yang diambil syarikat yang kemudiannya diberikan kepada upline nya.
Aqad samsarah (sistem agen) adalah aqad yang melibatkan seorang agen dengan pemilik barang (shahib al-mâl); atau pembeli barang. Jika pemilik barang meminta seseorang untuk menjualkan barangnya dengan komisyen tertentu, maka ini adalah mekanisma agen yang sah. Demikian pula jikaseorang pembeli barang meminta seseorang untuk mencarikan barang tertentu dengan komisyen tertentu, maka mekanisma seperti ini juga sah menurut syara'.
Seseorang yang menjadi agen pihak pembeli tidak boleh menerima komisyen dari pihak penjual. Ini kerana dia adalah sebagai penghubung dari pihak pembeli sahaja. Jika seseorang menjadi agen dari pihak penjual, maka dia dilarang mengambil keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan oleh pembeli. Ini kerana keuntungan tersebut adalah hak dari pihak penjual, bukan haknya, kecuali jika penjual mengizinkannya.
Seorang agen dari pihak penjual tidak boleh menerima komisyen ?bukan perbezaan harga penjualan? dari pihak pembeli dengan apa-apa bentuk meskipun pihak penjual merelakannya. Ini kerana dia adalah penghubung dari pihak penjual, bukan dari pihak pembeli. Dalam kes MLM, seorang upline yang menjadi agen, akan mendapat komisyen di atas pembelian yang dilakukan oleh downline nya (yang juga agen). Ini menunjukkan bahawa upline tersebut (yang juga agen) mendapat komisyen dari pembeli (iaitu downline yang sekaligus menjadi agen) pula. Amalan sebegini tentunya adalah amalan yang bertentangan dengan hukum syara'.
Dua Aqad Dalam Satu Aqad
Dua aqad dalam satu aqad ('aqdaain fi 'aqd), atau "shafqatain bi shafqah" adalah dua aqad yang terkumpul menjadi satu dalam sesuatu muamalah. Rasulullah SAW telah melarang umat Islam melakukan dua aqad dalam satu transaksi.
Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadith dari Abdullah bin Mas'ud ra, bahawasanya ia berkata:
"Rasulullah SAW melarang dua aqad dalam sebuahaqad jual beli".
Para fuqaha menafsirkan dua aqad dalam sebuah jual beli, atau dua harga dalam sebuah jual beli seperti berikut:
Pertama, jika seseorang mengatakan kepada orang lain, "Aku jual baju ini kepadamu dengan harga sepuluh dirham jika tunai, dan dua puluh dirham jika hutang." Kemudian kedua orang tersebut berpisah dan belum ada kesepakatan tentang salah satu model jual beli tersebut. Para 'ulama menyatakan bahawa jual beli semacam ini adalah fasid (rosak). Ianya kerana kedua-duanya tidak mengetahui (belum jelas benar) harganya. Asy-Syaukani menyatakan, "Adapun 'illat diharamkannya dua aqad dalam satu aqad jual beli adalah tidak disepakatinya salah satu (aqad) harga dari dua (aqad) harga tersebut." (Asy-Syaukani, Nailul Authar, bab al-Bai'). Akantetapi, jika kedua orang tersebut bersepakat tentang salah satu aqad (harga) dari dua aqad (harga) jual beli tersebut; misalnya pembeli menerima harga baju tersebut 20 dirham secara kredit; sebelum keduanya berpisah, maka sahlah jual beli tersebut. Sebab, harga baju itu telah ditetapkan, dan kedua belah pihak mengetahui dengan jelas harga dari baju tersebut serta bentuk transaksinya.
Kedua, Syafi'i sebagaimana diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, menafsirkan dua aqad dalam sebuah aqad jual beli seperti berikut; jika seseorang berkata kepada orang lain, "Saya jual rumahku kepadamu dengan harga sekian, akan tetapi engkau harus menjual anak laki-lakimu kepadaku. Jika kamu menjual anak laki-lakimu, maka aku serahkan rumah ini kepadamu."
Muamalat semacam ini berbeza dengan jual beli dengan harga yang tidak diketahui. Namun demikian, muamalat semacam ini adalah bathil. Sebab, ia termasuk dalam jual beli bersyarat. Sedangkan jual beli bersyarat boleh menyebabkan tiada jelasnya tentang harga. Adapun 'illat pengharaman transaksi seperti ini (jual beli bersyarat), menurut Asy-Syaukani adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat untuk masa depan.
Ketiga, penafsiran ketiga mengenai "shafqatain fishafqah" adalah jika seseorang melakukan pesanan barang sejumlah gandum dalam jangka waktu satu bulan, dengan harga 1 dinar. Ketika tempoh masa telah tiba, dan pemesan meminta gandum yang dipesannya, orang yang dipesani barang berkata, "Juallah gandum yang seharusnya saya berikan kepada anda, dengan dua takar gandum, tapi jangkanya ditambah dua bulan." Jual beli semacam ini adalah fasid, sebab aqad yang kedua telah masuk pada aqad yang pertama (Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadziy, bab al-bai'ain fial-bai'ah).
Inilah beberapa tafsir mengenai al-bai'ain fi al-bai'ah (dua aqad jual beli dalam satu aqad jual beli); atau yang dikenali sebagai al-'aqdain fi al-'aqd, atau al-shafqatain fi al-shafqah.
Salah satu penafsiran mengenai shafqatain fi shafqah adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat-syarat tertentu yang boleh membatalkan sebuah transaksi jual beli. Oleh kerana itu, bila sesuatutransaksi jual beli yang dikaitkan dengan syarat-syarat fasid, maka transaksi tersebut dikategorikan sebagai "dua aqad dalam sebuah aqad". Transaksi sebegini dikategorikan sebagai transaksi yang diharamkan. Namun, jika suatu transaksi dikaitkan dengan syarat-syarat yang lazim, maka syarat ke atas transaksi tersebut bukanlah perkara yang haram. Untuk itu, kita harus memahami terlebih dahulusyarat-syarat yang lazim dan syarat-syarat yang tidak lazim (syarat fasid), agar kita boleh membezakan samada syarat tersebut dikategorikan sebagai syarat yang boleh membatalkan jual beli atau tidak.
Para fuqaha mengklasifikasi syarat-syarat jual beli (transaksi) kepada dua bahagian. Pertama, syarat shahih lazim. Shahih lazim adalah transaksi yang sesuai dengan tuntutan aqad.
Syarat lazim terbahagi kepada tiga:
1. Syarat yang menjadi tuntutan jual beli. Syarat ini wajib dipenuhi, dan menjadi syarat sahnya sebuah transaksi. Contohnya, sahnya pertukaran adalah adanya pertukaran barang dengan barang; syarat sahnya jual beli adalah dengan adanya pertukaran barang dan pelunasan pembayaran. Suci dari najis merupakan syarat sahnya sholat, dan lain sebagainya.
2. Syarat yang berhubungan dengan kemashlahatan aqad. Misalnya, syarat penangguhan pembayaran ke atas transaksi tertentu. Jika seseorang mensyaratkan transaksi boleh berjalan jika pembayaran dilakukan secara kredit, maka syarat sebegini dibolehkan. Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi, maka transaksi harus dijalankan. Namun jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, maka pembeli berhak membatalkan aqad, dengan alasan tidak memenuhi syarat.
3. Syarat yang manfaatnya diketahui oleh penjual dan pembeli. Misalnya, jika transaksi jual beli rumah terjadi, maka penjual rumah boleh menempati rumah tersebut selama 1 atau 2 bulan sebelum diserahkan kepada pembeli. Syarat semacam ini tidaklah membatalkan transaksi jual beli tersebut, dan tidak dikategorikan sebagai dua aqad dalam satu aqad.
Syarat Fasid.
Syarat fasid pula ada beberapa kategori:
1. Syarat yang membatalkan aqad sejak daripada awalnya. Misalnya, seorang penjual berkata, "Aku jual kepadamu rumahku dengan syarat kamu harus menjual barangmu yang ini, atau kamu harus meminjami aku barang ini atau itu?" Syarat semacam ini dilarang, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli." [HR. at-Tirmidzi]. Contoh yang lain adalah, "Aku jual kepadamu barangku ini, dengan syarat engkau kawini anakku."
2. Syarat yang meniadakan tuntutan aqad, tapi aqadnya tetap sah. Transaksi semacam ini batal, misalnya, jika disyaratkan pihak pembeli tidak boleh rugi pada saat menjual. Contoh lain adalah, penjual mensyaratkan kepada pembeli tidak boleh menjual barangnya, atau tidak boleh menghibahkannya; dan lain sebagainya.
3. Syarat yang tidak mengesahkan aqad. Syarat-syarat semacam ini biasanya dikaitkan dengan waktu yang akan datang. Misalnya, seorang penjual berkata, "Aku jual kepadamu barang ini, jika si fulan telah merelakannya, atau jika kamu menemuiku di tempat ini dan itu."
4. Terdapatnya dua syarat dalam satu transaksi jual beli. Misalnya, pihak pembeli mensyaratkan agar yang memotong dan membawa kayu adalah penjualnya sendiri. Syarat semacam ini batal, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak dihalalkan salaf (hutang) dan penjualan; serta dua syarat dalam satu transaksi jual beli." [HR. at-Tirmidzi].
Inilah syarat-syarat yang boleh membatalkan aqad dan yang tidak membatalkan aqad.
Secara umum, jika seseorang masuk ke dalam jaringan MLM, maka dia diminta untuk mengisi borang (administratif), dan disyaratkan untuk melakukan pembelian dengan item dan harga tertentu. Seterusnya dia disyaratkan melakukan penjualan dengan kaedah mencari downline sebanyak-banyaknya. Jika dia berjaya mendapat downline, maka dia akan mendapatkan komisyen di atas kejayaannya mendapatkan downline, serta komisyen atas pembelian (kegunaan peribadi) yang dilakukan oleh downline-nya atas barang yang diperjualbelikan dalam MLM tersebut. Demikianseterusnya, jika downline mendapatkan lagi downline berikutnya, maka ia akan mendapatkan komisyen. Jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka seseorang itu sah menjadi anggota MLM.
Kebanyakan MLM, terdapat komisyen bagi upline dari pembelian yang dilakukan oleh downline-downline nya hingga ke bawah; atau berasal dari penjualan yang dilakukan oleh upline. Jika downline-downline tersebut tidak aktif; tidak melakukan pembelian ke atas barang atau melakukan penjualan barang, maka upline tidak akan mendapat komisyen lagi. Begitu pula jika seorang berada pada posisi downline terakhir (berada pada posisi paling akhir dari rangkaian MLM), tentunya ia tidak mendapatkan apa-apa kecuali jika dia sendiri melakukan membeli barang untuk diguna sendiri).
Kesimpulan dari fakta di atas bahawa di dalam MLM ada aktiviti mencari downline dengan komisyen tertentu, penjualan, dan penggunaan produk MLM.
Fakta Dua Aqad Dalam Satu Transaksi
Dalam transaksi penjualannya, kebanyakan MLM melakukan dua aktiviti berikut ini:
1. Penjualan oleh ahli syarikat MLM kepada orang lain yang tidak mahu terikat dengan syarat-syarat keahliaan tertentu (orang yang tidak ingin menjadi ahli MLM). Dalam kes ini, ahli hanya mendapatkan komisyen dari penjualan produk saja. Transaksi sebegini bukanlah sesuatu yang terlarang di dalam Islam.
2. Penjualan oleh ahli kepada seseorang yang diikat dengan syarat tertentu. Dalam kes ini, seorang ahli MLM disyaratkan untuk membeli sekaligus menjadi agen dalam mencari down line.
Fakta pengkaitan dan pensyaratan jual beli dengan sistem ejen (samsarah) semacam ini terlihat tatkala perusahaan tersebut menjual barang pada seseorang yang telah menjadi ahlinya, maka pembeli tersebut disyaratkan menjadi agennya dalam urusan mencari downline-downline. Pembeli yang sebenarnya juga ejen syarikat MLM ini akan mendapatkan komisyen dari transaksi jual beli dan sistem agen yang dilakukannya. Dengan kata lain, MLM ini sebenarnya sedang menjual barang kepada seseorang yang disyaratkan menjadi agennya.
Amalan sebegini telah menggabungkan di antara jual beli dengan sistem agen; sehingga tergolong sebagai shafqatain fi shafqah yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli." [HR.at-Tirmidzi].
Di dalam perniagaan MLM, transaksi akan terbatal tidak hanya berhubung kait dengan agen di atas agen dan shafqatain bi al-shafqah, akan tetapi kadang-kadang juga berhubung kait dengan harga jualan yang terlalu tinggi (ghabn al-fâkhîs). Kami cuba menjelaskan hukum mengenai MLM secara terperinci dan mendalam semoga umat Islam tidak berada di dalam transaksi yang haram.
Wallahu a'lam bi al-shawab
Oleh: Abu Amer Mujahed Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (AlBaqarah: 120)